DOA HARI ISNIN
_________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ الْعالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ
اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِه أَجْمَعِيْنَ.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Segala
puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
semulia-mulia para Nabi dan Rasul dan penghulu kami junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda
sekalian.
يَا اَلله ُ يَا شَكُوْرُ
Di
hari yang mulia serta penuh keberkatan ini, kami melahirkan kesyukuran
kami kepada-Mu kerana diberi peluang untuk memartabatkan perkhidmatan
awam di negara ini.
يَا اَلله ُ يَا رَحِيْمُ
Kami
memohon restu dan kasih saying-Mu yang berkekalan dalam menjalankan
tugas dan kewajipan yang diamanahkan. Jadikanlah kami golongan yang
produktif dan berkualiti. Golongan yang berjaya melaksanakan tugas
dengan sempurna dan berkesan. Ya Allah, hindarkan kami dari sifat-sifat
lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan tugas.
{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA HARI SELASA
__________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ اَّلذِيْ فَضَّلَنَا عَلَى سَائِرِ اْلأُمَمِ وَالصَّلاَةُ
وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الأَمِيْنِ المَبْعُوْثِ
رَحْمَةً لِّلْعَالَمِيْنَ.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi
يَا اَلله ُيَا خَبِيْرُ
Di
hari yang mulia ini kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu.
Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu , iman dan cetusan idea yang bernas
bagi meningkatkan mutu kerja dan kecekapan supaya ianya dapat memenuhi
ekspektasi pelanggan dan jabatan.
يَا اَلله ُ يَا رَحْمـنُ
Engkau
tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan
hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh
ikutan generasi akan datang supaya bekerja dengan penuh dedikasi, amanah
dan bertanggungjawab.
{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA HARI RABU
___________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ
مَزِيْدَهُ يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِىْ لِجَلاَلِ
وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Anugerahkanlah
kami kekuatan ilmu, imam dan kebijaksanaan untuk menerokai kejayaan.
Jadikanlah diri kami insan yang berpandangan jauh , komited dengan
kehendak dan perubahan zaman . Berikanlah kami kesihatan agar bergerak
aktif menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan negara Malaysia tercinta agar kedaulatan tanah air teguh terpelihara.
يَا اَلله ُ يَا قُدُّوْسُ
Engkau
tanamkanlah di dalam diri kami sifat amanah, bertanggungjawab dan
keimanan yang mantap . Pertingkatkanlah i'tikad dan amalan kami agar
taat mengerjakan suruhan dan taat menjauhi larangan serta redha
menerima dugaan dan ikhlas menyempurnakan amalan.
{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA HARI KHAMIS
_______________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ
عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah, ya Tuhan kami,
Di
hari yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan ,
taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami ,
tambahkanlah ya
Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Kuatkanlah tekad dan semangat
kami untuk berkhidmat kepada jabatan ini dengan lebih cekap serta
cemerlang.
يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ
Kami
memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu
yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga
yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai,
kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan
kesejahteraan di dunia dan akhirat.
{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA HARI JUMAAT
__________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَرَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ الْمَلِكِ
الْقُدُّوْسِ السَّلاَمِ الْمُؤْمِنِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الأَمِيْنِ المَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ.
يَا اَلله ُ يَا قَهَّارُ
Di hari yang mulia ini , kami berdoa memohon ke hadrat-Mu, satukanlah dan perteguhkanlah hati-hati kami di bawah keredhaan-Mu,
lahirkanlah perasaan persaudaraan , berkasih sayang , bermuafakat ,
tanamkanlah ke dalam jiwa kami sifat sabar , tekun dalam melaksanakan
tugas yang diamanahkan serta di permudahkan segala urusan kami.
يَا اَلله ُ يَا مُجِيْبُ
Engkau
jadikanlah perkhidmatan awam di negara ini, perkhidmatan yang
berkualiti lagi cemerlang agar dengannya dapat menjadikan negara kami
maju dalam segala bidang agar ianya menjadi negara yang unggul ,
disegani , bertaraf dunia dan mendapat keredhaan-Mu ya Allah.
{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ }
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA HARI SABTU
___________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ
ِللهِ الَّذِىْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْء ٍعِلْمًا وَأَعْطَى كُلَّ شَيْءٍ
خَلْقَهُ ثُمَّ هَدَى وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ خَاتَمِ
اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ.
يَا اَلله ُ يَا كَرِيْمُ
Di hari yang mulia ini, kami berdoa memohon keredhaan-Mu
untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Terapkanlah amalan kerja yang baik agar kami jadikan ia sebagai ibadah
yang berterusan dan jauhkanlah sifat tercela, bukakanlah pintu hati kami
bagi menerima segala kefahaman, curahkanlah hidayah-Mu agar dapat kami
jadikannya sebaik-baik penghayatan.
يَا اَلله ُ يَا فَتَّاحُ
Jadikanlah al-Quran itu penyuluh hati kami, tunjukkanlah jalan yang benar agar
kami ikuti, jelaskanlah perkara yang batil agar kami jauhi. Corakkanlah
akhlak kami dengan sifat mahmudah, lindungilah kami dari sifat mazmumah
, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA HARI AHAD
___________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ وَالصَّلاَةُ
وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ
وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اَللَّهُمَّ
انْصُرْنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ النَّاصِرِيْنَ وَافْتَحْ لَنَا فَإِنَّكَ
خَيْرُ الْفَاتِحِيْنَ وَاغْفِرْلَنَا وَاهْدِنَا وَلاَ تُؤَاخِذْنَا
بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَا
الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ.
اَللَّهُمَّ يَا رَحْمـنُ يَا رَحِيْمُ
Ya
Allah, pada hari yang berbahagia ini, kami memohon keberkatan dan
keredhaan dari-Mu agar segala usaha, tindakan dan amal perbuatan kami
ini diterima serta mendapat kerahmatan dari-Mu ya Allah.
اَللَّهُمَّ ياَ عَزِيْزُ ياَ قَهَّارُ
Anugerahkanlah
sifat kesungguhan dan ketekunan kepada diri kami, agar sentiasa dapat
melaksanakan kerja dengan penuh rasa tanggungjawab yang telah
diamanahkan.
Jadikanlah
perkhidmatan kami ini yang lebih maju kehadapan agar segala urusan
dapat diselesaikan dengan cekap, cepat dan teratur.
{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
azhan alhamdulillah tq atas perkongsian
ReplyDeletesy nak tanya sedikit dari mana sumber doa-doa hari Isnin hingga Ahad ini,....sila lampirkan nas dan dalil TK
ReplyDeletejika mengenai waktu kegunaan isnin hingga ahad tu hanya IDEA shj, tiada kwajipan mengikut pun. asalkan doa teesebut tidak menyalahi hukum syarak, tiada masalah rasanya..
Deletejika mengenai maksud itu mungkin perlu semak dengan ustaz2 atau orang2 yg lebih pakara & faham ayat tersebut. yg ni penting, jika ada kesilapan mohon bgth sy juga.
terima kasih atas persoalan itu.