Utusan: 28 Disember 2014 6:00 PM
Razif terkejut
apabila doktor memberitahu bahawa dia mengidap gout. Rupanya sakit pada
jari kaki yang dialami adalah gejala gout. Sakit yang di rasakan
adakalanya berdenyut-denyut sehingga dia terjaga dari tidur akibat tidak
dapat menahan rasa ngilu. Kesukaran mula dirasai terutama apabila
menyarung stoking dan kasut untuk ke tempat kerja. Pada awalnya dia
menyangka sakit tersebut adalah kerana terseliuh. Tambahan pula dia
rajin bermain badminton pada hujung minggu. Kini terjawablah teka-teki
yang bermain di minda. Ujian darah membuktikan bahawa paras asid urik
dalam darah meningkat dan penyakit ini di namakan gout. Menurut kawannya
yang juga mengidap gout, kesakitan akibat gout bukan kepalang dan
kadang kala memerlukan suntikan tahan sakit. Gout juga boleh menjadi
punca batu karang mudah terjadi.
Menurut doktor, gout berlaku akibat tubuh gagal memproses protein. Makanan berprotin tinggi seperti ikan, udang, daging, telur, kacang dan lain-lain tidak boleh dimakan oleh pengidap gout. Protin dalam makanan seperti ini akan diproses menjadi asid urik dan seterusnya dipecahkan menjadi air dan urea. Asid urik adalah berbentuk separa pejal. Kegagalan tubuh memecahkan asid urik kepada urea membuatkan asid separa pejal berkumpul pada celahan tulang dan akhirnya membentuk ketulan kristal batu gout. Kristal batu gout ini boleh juga terbentuk pada celahan buah pinggang dan pundi kencing membentuk batu karang .



