Semakin kita Anti terhadap sesuatu maka energi positive kita akan terbuang dan terurai ke suatu titik point yang kita benci . Dan semakin banyak kita membenci sesuatu hal tersebut akan semakin besar.. besar… dan besar.. hingga menutupi mata kita untuk tidak melihat lagi sisi positif titik tersebut.
Experience
Mengkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu, mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat bukan mengkritik dengan emosi
Lifehack
Wednesday, September 23, 2015
Taksub
Tuesday, September 22, 2015
Tazkirah “Anak Derhaka” di TV3
Topik yang menarik di tazkirah pagi TV3 mengenai “Anak Derhaka”. Antara headlinenyer anak derhaka adalah produk dari ibu bapa yang kurang’memberi’. Hasilnya anak kurang ‘membalas’ atau kedekut apabila sudah dewasa.
Kita
selalu salahkan anak-anak kerana jadi derhaka, tidak ambil berat pasal
ibu bapa, biadap, jadi budak jahat dan sebagainya tapi adakah ibu bapa
pernah melihat sama ada mereka juga ada melakukan kesilapan dalam
membesarkan anak-anak.
Ini dinamakan failed parenting.
Ibu bapa juga manusia biasa mustahil
tidak pernah melakukan kesilapan. Namun kesilapan yang lebih teruk
apabila mereka tidak mengakui kesilapan mereka dan apabila sudah
tersedar anak sudah jauh dari mata, meninggalkan rumah dan keluarga
kerana terasa tidak disayangi.
Anak-anak juga mahu disayangi, mahu dipujuk, ditanyakan bagaimana prestasinya di sekolah bukan hanya tunggu report card datang ke tangan, anak-anak juga mahu ibu bapa meluangkan masa untuk mereka, bukan untuk beri duit belanja semata-mata atau minta duit belanja apabila anak sudah bekerja tetapi untuk berbual-bual. Ibu bapa tempat luahan perasaan apabila anak-anak ada masalah.
Ini sebaliknya pula berlaku apabila baru
saja mula hubungi ibu bapa zaman sekarang untuk berbual soalan yang
pertama “Duit dah masuk belum?” , “Kerja sekolah dah siap” dan bukannya
perkara-perkara yang lebih belas kasihan dan mesra. Terlampau tegas
kononnya tak mahu beri muka pada anak.
Kesilapan
berlaku apabila ibu bapa mendidik anak tanpa perasaan belas ihsan. Dr
Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa terdapat anak-anak yang diperlaku
dengan perlakuan yang keras sehingga menyebabkan anak-anak tertekan,
kecewa, punah harapan dan ada yang membunuh diri.
Tidak dinafikan terdapat ibu bapa yang ‘mendidik’ anak
berbekalkan luapan emosi marah tidak terkawal sehingga ada yang memaki
hamun, menghina, memukul dan membelasah anak sendiri. Bahkan kes-kes
penderaan anak masih kerap didengari sehingga hari ini.
Ibu bapa tidak sedar yang anak-anak masih berbekas ingatan lebam di peha atau hukuman tidak bagi makan yang menajdi sebahagian pembentukan emosi sampailah bila-bila.
Terbang Tunduk - Fynn Jamal
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.
Subscribe to:
Posts (Atom)