Penyakit
Title: Terseliuh dan Tergeliat Otot
APAKAH TERSELIUH DAN TERGELIAT OTOT?
Terseliuh dan tergeliat adalah kecederaan pada ligamen dan tendon sendi. Terseliuh melibatkan peregangan atau koyakan pada ligamen manakala tergeliat pula melibatkan peregangan atau koyakan berlebihan pada otot atau tendon. Kedua-dua keadaan menyebabkan kesakitan dan pembengkakan.
Seseorang individu boleh mengalami terseliuh dan tergeliat otot apabila jatuh, terkilas tangan atau kaki, bermain sukan atau melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan.
TANDA-TANDA DAN SIMPTOM
Terseliuh

- Sakit
- Bengkak
- Lebam
- Hilang kemampuan untuk menggerak dan menggunakan sendi
- Kadangkala terdengar bunyi ‘pop’ dan rasa seperti terkoyak pada sendi apabila kecederaan berlaku
- Sakit
- Kekejangan otot
- Lemah otot
- Bengkak, kejang, atau peradangan setempat. dan tergeliat yang lebih parah boleh menyebabkan kehilangan fungsi otot
- Keadaan tergeliat yang parah selalunya menyebabkan rasa sakit dan menyukarkan pergerakan