Pada
suatu malam di musim panas tahun 1918 M di salah satu perkampungan
miskin di Bandar Surat berhampiran sempadan barat India, lahirlah
seorang bayi dari pasangan suami isteri muslim. Dia adalah anak pertama
mereka ketika mereka sudah mencapai usia tua.
Kanak-kanak
ini hidup sebagaimana kebanyakan kanak-kanak yang lain di perkampungan
miskin tersebut. Tidak ada yang membezakan antara dirinya dengan yang
lain dalam masalah pergantungan kepada kedua orang tuanya dan juga dari
segi kecerdasan. Dia mempunyai wajah bulat dan tembam, kulit
kehitam-hitaman, tingginya sedang dan penuh bersemangat. Dia selalu
mengagumi dengan segala sesuatu dan tidak ada yang menghentikan sifat
ingin tahu dalam diri dengan pelbagai persoalan di kepalanya.
Ketika
usianya mencapai 9 tahun, bapanya mempunyai hasrat untuk berhijrah
bekerja dengan anak bapa saudaranya dengan tujuan mencari pekerjaan dan
kehidupan yang lebih baik. Terasa berat kehidupan di India kerana
kepadatan jumlah penduduk yang tinggi dan faktor kekuasaan Inggeris pada
masa itu. Oleh kerana itu dia memberitahu hasratnya itu kepada
isterinya.
Kerana
sangat menyayangi anaknya, dia ingin jika anaknya turut bersamanya dan
berjanji kepada isterinya yang dia akan kembali semula selepas setahun.
Isterinya merelakan pemergiannya dengan berat hati.
Akhirnya,
ayah kanak-kanak tadi berhijrah dan menetap di Kota Dirban untuk
beberapa ketika pada tahun 1927 M. Bandar tersebut adalah salah sebuah
bandar di Afrika Selatan. Dia berada di bawah tanggungan anak bapa
saudaranya dan anaknya pula bersekolahkan di sana. Masa terus berlalu,
sudah lapan bulan mereka tinggal disana dan anaknya menunggu masa untuk
mendapatkan kembali pelukan ibunya. Beberapa hari selepas itu mereka
mendengar berita kematian ibunya. Dua beranak ini terpukul dengan berita
kematian tesebut. Akhirnya mereka memutuskan untuk menetap di Afrika
Selatan buat selamanya.
Mereka
tinggal di bahagian selatan bandar Dirban. Di sana terdapat
perkampungan bangsa Negro. Dia melakukan banyak pekerjaan dan mampu
untuk menyara anaknya. Masa terus berlalu, seiring dengan usia dan
kesihatan juga mula terganggu.
Selepas
tujuh tahun menempuhi liku-liku kehidupan bersama anaknya yang masih
bersekolah, bapa kanak-kanak tersebut telah kembali ke rahmatullah pada
tahun 1934 M ketika berusia 16 tahun. Dia menamatkan pengajiannya dan
mencari pekerjaan. Dia menetap di perkampungan bangsa Negro tersebut
yang dia sendiri tidak mengetahui siapa yang akan melindunginya
sedangkan negeranya sendiri dan saudara-maranya yang berada di seberang
laut tidak mungkin mampu menyeberang untuk membantunya.
Dia
banyak bertukar pekerjaan. Akhirnya dia bekerja di sebuah kedai yang
pemiliknya adalah seorang Nasrani. Dia adalah salah seorang dari lelaki
kulit putih yang tinggal di Afrika Selatan. Pemilik kedai tersebut
melihat pada diri remaja itu tanda-tanda kelebihan, amanah, ikhlas dan
kejujuran. Sedikit demi sedikit dia mempercayai remaja itu dan berbuat
baik kepadanya. Segala-galanya berjalan lancar dan dia bekerja dengan
gembira.
Suatu
ketika ketenangan tersebut terusik dengan berhembusnya “angin kencang”.
Pada suatu hari, seorang pendeta Nasrani melawat sahabat karibnya iaitu
pemilik kedai tersebut. Semasa mereka berbual, pendeta itu melihat
remaja tersebut dan dari riak wajahnya seperti bukan penduduk asli
Afrika Selatan.
Dia
boleh bercakap Bahasa Inggeris, Bahasa Zulu [bahasa negara-negara
Afrika Tengah dan Selatan] dan Bahasa Urdu [bahasa daerah asalnya].
Remaja itu mempunyai wajah berseri-seri dan cekap dalam berkerja.
Usianya ketika itu dalam lingkungan 18 tahun.
Pendeta tersebut bertanya kepada sahabatnya: “Siapa nama anak ini?”
Si pemilik kedai menjawab: “Namanya xxxxx”
Pendeta tersebut bertanya dengan perasaan terkejut: “Seorang Muslim?”
Si pemilik kedai menjawab : “Ya!”
Maka
Pendeta itu berkata: “Tidakkah kau tahu bahawa mereka menghina Tuhan
kita? dan berkata bahawa Dia adalah Hamba [bukan Tuhan] ? ”
Pemilik kedai itu berkata: “Akan tetapi dia adalah seorang yang jujur dan dipercayai!
Pendeta itu berkata: “Walaupun seperti itu, dia harus masuk Nasrani atau keluarkan dia tanpa di ampun!”
Akhirnya, pendeta itu berjaya menyebarkan fitnah di hati sahabatnya dan dia memanggil remaja tersebut.
Pemilik kedai itu berkata: “Aku ingin menyelamatkan dari kesesatan!”
Remaja itu menjawab: “Apa itu?”
Pemilik
kedai tersebut berkata: “Sesungguhnya pendeta ini adalah agamawan yang
mulia, dia ingin menyelamatkan pengikut Tuhan yang hilang dan menolong
agar engkau menyelamatkan dirimu sehingga Tuhan akan memberkati!”
Remaja ini mengetahui kesanya iaitu menjadi murtad, maka dia berkata: “Tidak, saya Muslim!”
Maka pemilik kedai itu berkata: “Fikirkan dulu sebelum membuat keputusan!”
Namun
remaja itu tetap menolak kerana dia mengetahui kecuali ada satu
sembahan yang berhak disembah yakni Allah, ada pun Isa adalah Nabiyullah
yang muli , tidak lebih.
Maka
berkatalah pendeta tersebut menclah pembicaraan remaja itu dan marah
dengan keteguhannya terhadap agaman dan menolak murtad. “Apakah kamu
tidak tahu bahawa Islam adalah agama berhala, kamu tawaf di rumah
[Kaabah] yang didalamnya ada batu dan Rasul kalian beristerikan 9
wanita!”
Kemudian
pendeta itu menyebutkan semua kekeliruan dan perbohongan tentang Islam
tetapi pendeta itu masih belum dapat meluluhkan hatinya. Remaja itu
hanya diam untuk menghormati pemilik kedai dan dia berkeyakinan bahawa
pemilik kedai hanya membantu sahabatnya si pendeta itu. Akan tetapi
beberapi hari selepas itu, pemilik kedai kembali kepada kebiasaannya
peranganya yang suka mencela dan memerangi Islam dengan keyakinannya.
Dia tidak boleh membantah kekeliruan itu kerana dia tidak tahu hal
tersebut secara sempurna. Maka dia mengambil keputusan yang berada di
luar garis kehidupannya, dia memutuskan untuk mempelajari selok belok
agama Nasrani.
Untuk
permulaan, dia mendekati mubaligh untuk mempelajari kitab-kitab mereka
secara ilmiah. Dia memperhatikan Injil, mempelajarinya hingga
menghafalnya. Dia membandingkannya dengan Al-Quran dan dia mendapati
terdapat banyak perbezaan. Namun dia belum merasa cukup dan belum hilang
hausnya. Maka dia melakukan perjalanan untuk membela Islam.
Pertama,
dia mengajak untuk berdebat dengan pemilik kedai iaitu tempat dia
bekerja. Dia berdebat begitu hebat sehingga pemilik kedai itu tidak
mampu untuk berhujah. Kemudian dia mencabar beberapa pendeta dan dia
boleh menjatuhkan mereka melalui tangan mereka sendiri dan mereka tidak
dapat mempertahankan kebenaran keyakinan mereka di hadapan ribuan orang
yang membanjiri forum debat mereka.
Dia
mahu menutup mulut orang Nasrani selamanya agar tidak lancang menghina
Islam. Dia berhenti kerja di kedai nasrani tersebut. Dia mula menemui
orang-orang Nasrani yang datang ke Afrika Selatan dan mengajaknya
berdiskusi. Ketika dialog dan debat yang dia lakukan telah banyak dan
usianya mencapai tiga puluhan tahun, dia mula berdialog dengan kalangan
pendeta Nasrani.
Semenjak
hari itu, suaranya ibarat petir yang menggelegar hingga negara-negara
barat Nasrani. Gema yang menggoncangkan dewan Vatican. Pembicaraanya
bergema di barat dengan perbincangan dan dialog yang terkenal dan
melambungkan reputasinya. Dia terus mencabar dan gaungnya tetap menggema
hingga hari ini.
Pembicaraan
meliputi pertentangan dalam kitab Injil, pusat-pusat kajian Nasrani dan
banyak instituso tinggi di barat membentuk jawatankuasa untuk menangkis
dan berhujah di dalamn buku-buku mereka melalui penelitian dan kajian
yang serius.
Pemilik
kedai dan sahabatnya itu telah membangkitkan akal dan hati anak muda
muslim ini. Mereka telah membangunkan anak muda yang lemah lembut itu
hingga menggemparkan dunia dan menggegarkan Vatican, menggetarkan
gereja-gereja mereka dan membongkar banyak kekeliruan dalam agama
mereka.
Pemuda tersebut bernama Ahmad Deedat.
ahmad deedat2 Seorang Anak Miskin yang Mengguncang Vatikan
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
No comments:
Post a Comment