Kita
bising minyak naik
bukan kerana kita benci Kerajaan Malaysia.
Kita
bising minyak naik
bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi..
Kita bising
sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat
marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling.
Ada yang
bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali
socso mahupun kwsp.
Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula
berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak
bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk
dimurahkan rezeki?
Ya.. Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka
yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat
dari si Sarjana Muda.
Kerja lebih ikhlas dari si PHD mahupun Master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya.. Mereka tak berharta.
Salah
mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu
untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi
bodoh dari kalian.
Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.
No comments:
Post a Comment