Statement 'kubur masing-masing' antara alasan tipikal yang kerap
diguna pakai oleh mereka yang sangat-sangat ego dan bongkak untuk
menerima teguran atas kejahilan yang mereka lakukan. Berikut adalah 10
contoh ayat makan dalam yang boleh dipraktikkan ke atas golongan macam
ni.
Memanglah Kubur Masing-Masing. TAPI....
1. Mati nanti, kau mandi sendiri, kafan sendiri, solat jenazah sendiri. Kubur pun kau gali sendiri, tanam sendiri.
2. Sebab kubur masing-masing la aku nak nasihat kau. Kalau kita sekubur,
boleh jugak aku tolong jawab bila Malaikat soal. Kalau nak kena balun,
boleh aku tolong cover kau.
3. Aku takut orang tak nak datang baca Yassin nanti sebab tak tahan bau
busuk jenazah kau. Nak ziarah atau cium jenazah kau pun tak sanggup
sebab berulat.
4. Aku tak nak dapat dosa sebab tak tegur kau. Tak naklah teman kau kat neraka tu. Takde air-cond.
5. Pastikan kau tulis wasiat supaya kubur kau ditanam di tanah
perkuburan khas untuk kau sorang je. Sebab takut orang lain dalam kubur
sebelah rasa terganggu sebab asyik dengar suara kau terpekik terlolong
kena siksa.
6. Bukan setakat kubur. Rumah pun orang duduk asing-asing. Tapi kalau
kau buat bising, rumah kau busuk, kotor, kau ingat jiran sebelah suka?
7. Kau ingat dalam kubur tu macam hotel ke boleh santai-santai walaupun
buat dosa? Dengan sempitnya, ular, kala jengking dan macam-macam lagi
azab siksa kubur.
8. Kesianlah kat orang yang nak usung jenazah kau tu. Patah tulang bahu
diorang nanti sebab mayat kau berat sangat. Tak pasal-pasal nanti nak
kena sewa kereta kebal pulak usung mayat kau.
9. Kau yakin ke mati nanti kau masuk kubur? Aku takut tanah tak nak
terima jenazah kau je. Orang lain jugak susah nak kena ke laut
semata-mata nak campak mayat kau tu.
10. Aku nak tolong kau kat dunia ni sebab bila dah masuk kubur tak boleh
nak tolong dah. Sebab semua orang akan buat hal masing-masing.
Hinggakan, walau kita semua bertelanjang bulat kat padang mahsyar nanti,
takdenye ada orang nak peduli tengok kau punya.
p/s : Buat golongan yang suka bagi alasan kubur masing-masing tu,
insaflah. Jangan dibuat main dengan siksa kubur. Apatah lagi azab neraka
kelak. Jangan berlagak tak kena tempat bila ditegur. Memang kubur
masing-masing. Tapi jangan menyusahkan orang lain yang nak menguruskan
jenazah kau sebelum dibawa masuk ke kubur masing-masing kau tu.
SZ : Ramai yang lebih takut hantu kubur dari siksa kubur...
Sumber: Solihin Zubir
No comments:
Post a Comment