Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan
malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini
kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar),
"Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak
dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil
dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat
pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi
Muhammad. Kalau umat
Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak
payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi
Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar
tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya
pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang
terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki
tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang
lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki
tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang
yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati,
menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah,
betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang
jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air
tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.
Jadi,
kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan
solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan
makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang
dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air
tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?
Tapi lain pula
halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai
satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan
bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat
kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan.
Betapa
beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi
Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai
diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda
berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam),:-
"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya,
"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..
Wa'allahualam
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.
***Sumber Dari : FB TheMen OfPen
Experience
Mengkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu, mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat bukan mengkritik dengan emosi
Lifehack
- Embracing Cultural Humility: A Path to Personal Growth and Professional Excellence - 12/30/2024 - Leon Ho
- Deep Questions That Spark Meaningful Connections - 12/30/2024 - Leon Ho
- Understanding Disorganized Attachment: A Journey to Secure Relationships - 12/30/2024 - Leon Ho
- Unlock Emotional Intelligence Using the Feelings Wheel - 12/23/2024 - Leon Ho
- Why Mental Health Awareness Matters and How You Can Make a Difference - 12/23/2024 - Leon Ho
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment