Experience

Mengkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu, mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat bukan mengkritik dengan emosi

Lifehack

Monday, October 19, 2015

Maksud & perbezaan gaji kasar, gaji bersih & gaji pokok

Gaji pokok :
Gaji tetap yang diberi tidak termasuk elaun.

Gaji kasar :
Gaji Pokok + Elaun-elaun (Cola & lain)
Gaji tanpa tolak sebarang cukai and elaun

Gaji bersih :
(Gaji Pokok + Elaun-elaun (Cola & lain)) - Potongan
Gaji yang dah tolak cukai and dah tambah elaun

Contoh


*klu salah tolong tunjukkan.. resa sayang hey rasa sayang sayang hey :P

22 comments:

  1. Adakah OT(over time), bonus atau komisyen yg tertera dalam slip gaji (pekerja swasta) termasuk tafsiran sebagai gaji kasar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. apabila termasuk dalam payslip bermakna ianya TAXABLE. dikira dalam tafsiran tahunan.

      Delete
  2. Saya pun nak tanya soalan yang sama

    ReplyDelete
  3. Sya nak tanya apabila diberi gaji pokok susatu kerja yg tetap...boleh kah saya cri kerja part time?

    ReplyDelete
  4. Gaji pokok tu termasuk kwsp dan perkeso ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaji basic sebelum ditolak kwsp.
      Gaji tetap yang diberi tidak termasuk elaun.

      Delete
  5. Gaji bersih lepas tolak semua hutang ka? Cth lepas tolak pinjaman perumahan, pinj kereta, pinj peribadi semua tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza. betul. begitulah gaji bersih diambil kira, komitmen yg tertera di dalam payslip gaji.

      Delete
  6. Majikan ad cakap kenaikan 75x2. Ape maksudny ya? Mohon beri keterangan, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu kefahaman sy, 75x2 tu mungkin kenaikkan berperingkat..
      ataupun mungkin 75 1st tu kenaikkan confirm, 75 yg ke-2 tu depend dgn prestasi?
      pe2 pun, depend dgn contract/term/tawaran kerja yg puan dapat.
      sepatutnya ada bgth dimana2.

      contoh maksud sy berperingkat: gaji basic naik pada 1/1/2017 (basic+75) & kemudian berperingkat kali ke-2 kebiasaan pada selesai quater pertama tahunan bulan 3, bulan 4 akan tambah lg gaji +75.

      **ini hanya andaian saya, mohon Pn refer blk pada majikan/HR department utk kepastian.

      Delete
  7. Bloger yang berguna untuk student sumber manusia. hahahahaha tysm :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. semoga berguna buat sesiapa yang memerlukan.

      Delete
  8. Kalau kita isi borang tertentu , maklumat yg diperlukan adalah pendapatan isi rumah untuk menentukan samada seseorg itu layak mendapat pinjaman atau sebaliknya. Pendapatan isi rumah itu merujuk pada mana ye. Adakah gaji kasar , gaji pokok atau gaji bersih ? Mohon penjelasan. Tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapatan isi rumah kebiasaan merujuk kepada gaji kasar.
      Gaji kasar = gaji pokok + elaun tetap

      Delete
  9. adakah gaji bersih tambahan daripada gaji pokok dan overtime ? atau ditambahkan dengan gaji kasar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya btul, beserta tolakan komitmen,
      gaji kasar yang belum ditolak komitmen.

      Delete
  10. Assalamualaikum
    saya tengah buat assignmnet berkenaan dengan gaji, boleh suggest buku, jurnal or web yang boleh saya jadikan rujukan, terima kasih

    ReplyDelete
  11. hai. definition gaji basic dan gaji tetap tu sama ke? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya btul. gaji basic (pokok) = gaji tetap

      Delete
    2. gambar slip gaji yg kt atas tu... Gaji kasar 60% tu potongan cukai ke..

      Delete
  12. Untuk tolak kwsp ni.. adakah dari gaji pokok atau gaji kasar.

    ReplyDelete

Recent Post