Experience

Mengkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu, mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat bukan mengkritik dengan emosi

Lifehack

Wednesday, July 20, 2016

Garu gatal kulit? Fakta, Punca, Kesan, Bagaimana

Menggaru adalah satu tindakbalas apabila kita merasa gatal… Rasa gatal kita garu. Gatal bukan satu penyakit tetapi adalah simptom atau gejala. Pada mula-mula menggaru kita merasa lega tetapi ia akan menjadi lebih gatal dan semakin kita menggaru sehinggakan kulit menjadi merah dan melecet.

Fakta tentang rasa gatal :
  • Hujung-hujung saraf deria rasa gatal terdapat pada kulit
  • Deria rasa gatal dan sakit dibawa oleh saraf yang sama tetapi diproses di bahagian otak yang lain
  • Gatal boleh berlaku akibat rangsangan hujung saraf tersebut atau akibat tindakbalas tubuh menghasilkan histamin apabila terdedah kepada “pencetus” rasa gatal
  • Menggaru adalah tindakbalas apabila merasa gatal
  • Rasa gatal diikuti oleh menggaru boleh berterusan ( gatal-garu-gatal-garu) dan sukar untuk menghentikannya
Apakah punca rasa gatal ?
Gatal boleh timbul sebagai satu gejala tersendiri atau sebagai gejala kepada penyakit tertentu.
Antara punca gatal atau keadaan yang menyebabkan gatal adalah :
  • Kulit kering
  • Penyakit  kulit : dermatitis, ekzema, psoriasis, parut, kelemumur
  • Jangkitan kulit oleh kulat, kuman bakteria atau virus (cacar, HFMD)
  • Gigitan serangga , kutu
  • Alahan makanan, ubat, habuk dan lain-lain
  • Persekitaran : cuaca sejuk atau panas, berpeluh, penggunaan pakaian dari bahan tertentu, sabun , pewangi dll
  • Hormon : menopause, proses penuaan, kehamilan
  • Penyakit lain : diabetes, masalah hati. buah pinggang, tiroid, kanser, limfoma, kesan sampingan ubat dll
  • Psikologi : stress, kebimbangan (anxiety), tekanan
Benarkah menggaru boleh melegakan rasa gatal ?

Sunday, July 3, 2016

Widget Waktu Solat

Pasang Widget Waktu Solat
Klik butang "Add To Blogger" di bawah.

Recent Post