Experience

Mengkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu, mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat bukan mengkritik dengan emosi

Lifehack

Friday, April 25, 2014

Cara Buat Perangkap Nyamuk Mudah & Senang

Risau dengan kesihatan keluarga ekoran terdapat banyak nyamuk dikawasan perumahan? Jom buat perangkap nyamuk yang mudah dan senang. 

Monday, April 21, 2014

Sejarah Telekom Malaysia

Jabatan Telekom bermuda di negeri Perak pada tahun 1874 oleh J.W.W Birch. Pada tahun 1876, telah wujudnya talian sepanjang 27 batu menghubungi pejabat Residen di Kuala Kangsar dan pejabat Penolong Residen di Taiping. Pada tahun 1882, talian tersebut telah disambung keseberang Perai dan Pulau Pinang melalui kabel dasar laut. Ibusawat pertama telah dipasang di Kuala Lumpur pada tahun 1981. Terdapat 21 talian telefon di Kuala Lumpur pada tahun 1985. Dalam tahun 1990 perkhidmatan telefon MAGNETO yang pertama telah dilancarkan ke Kudat, Kota Kinabalu dan Sandakan. Dalam tahun 1908 pula sistem komunikasi bertambah maju dan telah wujud satu Jabatan Perkhidmatan Pos dan Telegram.

Friday, April 11, 2014

Muslimah itu..

Muslimah itu ,
terkadang gelak kuat tak henti , terkadang juga minum berdiri , terkadang sebelum tidur trlupa baca doa & ayat kursi ,
terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri ,
terkadang aci redah sarung kasut org lain tanpa disedari .

Muslimah itu ,
terkadang gembira sampai trlompat terkinja smbil trsenyum tayang gigi ,
terkadang menitis air matanya laju tak terperi ,
terkadang rasa lemah smpai tak mampu nk bangun2 lagi ,
terkadang rasa marah menguasai diri ,
sampai rasa nk lempang org tu laju2 without mercy .

Thursday, April 3, 2014

Hikmah Perkahwinan

Beberapa Hikmah Perkahwinan

1. Perkahwinan Sunnah Para Nabi dan Rasul

Firman Allah s.w.t :
" Demi sesungguhnya Kami(Allah) teleh mengutus beberapa rasul
sebelum kamu dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan juga keturunan."
(Surah al-Ra'd : 38)

Allah mengutuskan para nabi dan rasul untuk memimpin umat manusia ke jalan kebenaran. Mereka adalah model ikutan yang menjamin kepada keamanan, kebahagian dan kedamaian hidup di dunia dan akhirat. Rasulullah s.a.w amat menggalakkan umatnya supaya berkahwin.

Daripada Aisyah r.ha. Telah bersabda Nabi s.a.w :
" Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku
maka bukanlah dia daripada golongan umatku."
(Riwayat al-Imam Ibn Majah)

Recent Post