1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama  ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk  "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati  pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati  mereka telah dipermainkan.
2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya  malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal  ini teta pi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah 
timbulnya konflik yang mungkin  menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang  inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan  perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat  harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami.  Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius.  Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap  akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan  dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini,  perhubungan boleh menjadi putus.
4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang  lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari  kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan  perhubungan.
5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering  terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal  inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai  cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak  mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah  perhubungan.
6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang  dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu  mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat  sesuai dengan diri mereka.
7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah  sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang  lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan  bertahan lama.
8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka  sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia  menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya  membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah  perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga  boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda  sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai  anda.
*So apa yg  penting kita mestilah saling bertolak ansur sesama pasangan & komunikasi yg baik amat penting untuk mengelakkan keretakan sesebuah hubungan.
 
 
No comments:
Post a Comment