بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan) 
 ‘Khusuf‘ (الخُسُوفِ)  dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada  terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’  bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara  berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang  berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya  gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah  solat gerhana.
‘Khusuf‘ (الخُسُوفِ)  dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada  terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’  bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara  berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang  berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya  gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah  solat gerhana.
 ‘Khusuf‘ (الخُسُوفِ)  dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada  terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’  bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara  berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang  berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya  gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah  solat gerhana.
‘Khusuf‘ (الخُسُوفِ)  dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada  terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’  bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara  berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang  berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya  gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah  solat gerhana.
.
Galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini  berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya  matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda  kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan  tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka  berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang  kembali.”
.
A.  Solat Gerhana Bulan (Khusuf)
1. Bacaan ketika solat gerhana bulan adalah secara kuat (jahar) seperti dalam solat Maghrib, tidak sebagaimana solat gerhana matahari yang dibaca secara perlahan.
.
2.  Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:
Daku Solat Sunat Khusuf dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
3.  Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya  dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali ruku’, tiga (3) kali ruku’  atau empat (4) kali ruku bagi setiap raka’at.
.
4.  Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;
اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ
اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِى وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الاَحْياَءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَات
.
5.  Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :
اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء, اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَات
.
.
B. Cara Solat Sunat Khusuf
 Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً  ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Manakala  dalam solat ini bacaan Al Fatihah dan surahnya boleh dijaharkan  (dinyaringkan). Secara ringkasnya solat sunat tersebut adalah seperti  berikut:
.
1. Cara Pertama
Solat Sunat Khusuf  2 rakaat dengan 2 kali fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.
.
a.   Rakaat Pertama
1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz.
4.       Membaca surah Al-Fatihah.
5.       Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.
6.       Rukuk dan membaca tasbih, anggaran bacaan 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Rukuk sekali lagi dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.
.
b.   Rakaat kedua.
1.       Membaca surah Al-Fatihah.
2.       Membaca surah Al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
4.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Maidah atau mana-mana surah.
5.       Rukuk dangan membaca tasbih, anggaran bacaan 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.
11.     Memberi salam.
.
.
Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika  terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu  jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi  Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat ke dua  Nabi  Muhammad SAW rukuk dua kali juga. Kemudian duduk dan selesai. Matahari  sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud  lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.”  (Hr Bukhari dan Muslim).
.
Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:
وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة
Ishak B. Rahawaih berkata:   “Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada  riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih  dari empat kali.”
.
.
2. Cara Ke-dua
Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
.
- Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
- Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat gerhana.
- Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca Al Fatihah dan surah, lalu rukuk.
- Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
- Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
- Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
- Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
.
Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata:  “Ada beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara ‘Solat Kusuuf’  (solat gerhana) memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat kusuuf  dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua  kali ruku’ dalam setiap raka’at, tiga kali ruku’ dalam setiap raka’at,  atau empat kali ruku’ dalam setiap raka’at.”  (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)
.
.
C. Khutbah Solat Gerhana
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
 “Selanjutnya  beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah  berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari  dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara  tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana  kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka  apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada  solat gerhana”  (Riwayat Bukhari r.a.)
.
.
Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini  untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan  mengadakan dan menunaikan solat Sunat Khusuf ini secara berjemaah  berserta khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh tersebut. Ibadat  sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi  fenomena gerhana ini jarang berlaku.
.
.
Wallahu A’alam Bissowabوالسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Solat Sunat Kusuf (Gerhana Matahari)
‘Gerhana Matahari’ disebut ‘Kusuf’ (الكُسُوفِ) di  dalam bahasa Arab yang bermaksud terlindung atau hilangnya cahaya  matahari, sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau  keseluruhannya.
.
Gerhana bukan  fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku  sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi SAW yang dikenali  sebagai ‘sebaik-baik kurun’.
Gerhana berlaku  bukanlah kerana kemurkaan Allah SWT, tetapi merupakan petanda kepada  kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ia juga berupaya menjadi peringatan  kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada  hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari  penghayatan iman dan sains.
 .
Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.
“Sesungguhnya  matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda  kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan  untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran  kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kamu  melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal  yang menakutkan itu hilang.”
.
Galakan mengerjakan ibadah Solat Sunat  Gerhana ini  berdasarkan banyak hadis berkaitan gerhana. Terdapat  beberapa perkara sunnah yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian  gerhana, di antaranya adalah melakukan solat dan berdoa. Rasulullah SAW  bersabda: “Apabila kamu melihat  kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan  berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi.”
.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
“Sesungguhnya  matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan  Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana  kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya,  berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersolatlah.”
.
.
Solat Sunat Gerhana Matahari
.
Melakukan ‘Solat Gerhana Matahari’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Kusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi  muslimin dan muslimat (lelaki atau perempuan), sama ada orang yang  bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba. Disunatkan mandi sebelum  dirikan solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
.
Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan di  mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Solat Sunat Kusuf boleh  dilakukan secara bersendirian Walau bagaimanapun yang lebih afdhal dan  utama adalah ditunaikan secara berjamaah di masjid yang didirikan Solat  Jumaat.
.
Sebaiknya  dibacakan khutbah setelah selesai solat seperti mana pada solat hari  raya. Isinya diarahkan kepada keterangan tentang gerhana, isu-isu semasa  ataupun hal-hal bermanfaat yang menjurus kepada anjuran taubat,  sedekah, persatuan, amar ma’ruf nahi mungkar.
.
.
Waktu Solat Gerhana Matahari
.
Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari  waktunya bermula ketika ternyata sedang berlakunya gerhana matahari  sehingga selesai gerhana matahari tersebut. Iaitu dengan berakhir,  tamatnya gerhana itu atau sehingga jatuhnya matahari dan hilangnya  gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam  matahari, maka tidak ada solat gerhana.
 . 
.
.
A. Pelaksanaan Gerhana Matahari (Kusuf)
.
‘Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari’ tidak perlu ‘Iqamah’ tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً )  dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Dalam  semua cara Solat Sunat Gerhana Matahari, hendaklah diperlahankan suara  ketika membaca surah.
.
.
1.  Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :
Daku Solat Sunat Gerhana Matahari dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat Solat Sunat Kusuf tetapi bacaan Al Fatihah dan surah tidak boleh dijaharkan (dinyaringkan).
Dari Aisyah r.a. berkata:عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.
“Sesungguhnya  Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari,  lalu Baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang  (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian Baginda mengangkat  kepala dan mengucapkan “Sami’ Allahhu Liman Hamidah”, dan Baginda berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam  berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama,  kemudian Baginda rukuk dengan rukuk yang panjang, sedang rukuk ini  berkurang dari rukuk pertama, kemudian Baginda sujud dengan  sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian  Baginda bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang  akhir (kedua), Selanjutnya Baginda mengakhiri solatnya dengan salam,  sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada  manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah  dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya  tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana  kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)maka  bersyukurlah kepada solat gerhana.”  (Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
.
3.  Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di  dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali rukuk, tiga (3) kali  rukuk atau empat (4) kali rukuk bagi setiap raka’at.
.
4.  Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;
.
5.  Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :
.
.
B. Ringkasan Cara Solat Sunat Kusuf
.
Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) tidak perlu ‘Iqamah’ tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) ini boleh dilakukan dengan 4 cara atau empat kaedah dan dalam solat ini bacaan Al-Fatihah dan surahnya dibaca dengan suara perlahan dan tidak dinyaringkan.
Secara ringkasnya Solat Gerhana / Solat Sunat Kusuf adalah seperti berikut :
.
1. Cara Pertama
.
Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) boleh dilakukan dengan cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana Solat Sunat Zuhur atau mana-mana solat sunat. Didirikan sebanyak 2 rakaat dengan 2 kali Qiam, 2 kali Fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.
.
.
.
2. Cara Ke-Dua
.
Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) dengan cara ‘ ال أدنى ‘, iaitu ditunaikan dengan 2 rakaat dengan 2 kali Qiam, 2 kali Fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud pada setiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap Qiam itu.
.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang  kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa  iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah  (mana-mana surah yang mampu) kemudian rukuk dan berdiri tegak semula  (qiam kedua).
Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah  dan juga surah. Kemudian rukuk semula (dipanggil rukuk kedua). Apabila  bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja  dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.  Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.
.
.
.
3. Cara Ke-Tiga
.
Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) dengan cara membaca tasbih dan surah panjang.
.
a.   Rakaat Pertama
.
1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca Doa Iftitah.
3.       Membaca Ta`awwuz.
4.       Membaca surah al-Fatihah.
5.       Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.
6.       Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.
.
.
b.   Rakaat kedua
.
1.       Membaca surah al-Fatihah.
2.       Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
4.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan surah al-Maidah atau mana-mana surah.
5.       Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca Tasyahud Akhir.
11.     Memberi salam.
.
.
Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة
Ishak B. Rahawaih berkata:  “Tidak  boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada  riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih  dari empat kali.”
.
.
.
4. Cara Ke-Empat
Cara keempat Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari), ia didirikan sebanyak 2 rakaat dengan 4 kali Qiam, 4 kali al-Fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
.
- Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan membaca 4 kali al-Fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
- Disunatkan membaca dengan suara perlahan surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat gerhana matahari.
- Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca al-Fatihah dan surah, lalu rukuk.
- Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
- Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
- Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
- Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
.
Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ سَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.
“Ketika  terjadi gerhana di zaman Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu  jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi  Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat kedua  Nabi  Muhammad SAW rukuk dua kali pula. Kemudian duduk dan selesai. Matahari  sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud  lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.” (Hr Bukhari dan Muslim).
.
Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata:  “Ada  beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara solat gerhana  memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat gerhana dibolehkan  memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua kali ruku’  dalam setiap raka’at, tiga kali rukuk dalam setiap raka’at, atau empat  kali rukuk dalam setiap raka’at.”  (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)
.
.
Nota
- Makmum yang tertinggal rukuk yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
.
.
.
C. Khutbah Solat Gerhana :
 .
- Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun telah selesai gerhana.
- Khutbahnya adalah seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir.
- Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
- Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah.
. 
Aisyah r.a. berkata :ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
 “Seterusnya  Baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah  berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana  matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran)  di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana  kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang.  Maka apabila kamu melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada  solat gerhana.”  (Riwayat Bukhari r.a.)
.
.
Pertembungan Solat
.
Jika gerhana berlaku serentak dengan  solat fardhu yang lain, maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan.  Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling utama:
 .
- Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
- Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
- Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat witir didahulukan solat gerhana.
 .
.
Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini  untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan  mengadakan dan menunaikan ‘Solat Sunat Kusuf’  ini secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana matahari  tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin,  apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.
.
.
Matla’ Badrain.- Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.
- Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L
- Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
- Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad binAbdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Sumber: shafiqolbu.wordpress.com
 




 
No comments:
Post a Comment