Experience

Mengkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu, mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat bukan mengkritik dengan emosi

Lifehack

Monday, December 19, 2016

Terseliuh dan Tergeliat Otot

Penyakit

Title: Terseliuh dan Tergeliat Otot

APAKAH TERSELIUH DAN TERGELIAT OTOT?
Terseliuh dan tergeliat adalah kecederaan pada ligamen dan tendon sendi. Terseliuh melibatkan peregangan atau koyakan pada ligamen manakala tergeliat pula melibatkan peregangan atau koyakan berlebihan pada otot atau tendon. Kedua-dua keadaan menyebabkan kesakitan dan pembengkakan.
Seseorang individu boleh mengalami terseliuh dan tergeliat otot apabila jatuh, terkilas tangan atau kaki, bermain sukan atau melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan.

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM

Terseliuh
  • Sakit
  • Bengkak
  • Lebam
  • Hilang kemampuan untuk menggerak dan menggunakan sendi
  • Kadangkala terdengar bunyi ‘pop’ dan rasa seperti terkoyak pada sendi apabila kecederaan berlaku
Tergeliat
  • Sakit
  • Kekejangan otot
  • Lemah otot
  • Bengkak, kejang, atau peradangan setempat. dan tergeliat yang lebih parah boleh menyebabkan kehilangan fungsi otot
  • Keadaan tergeliat yang parah selalunya menyebabkan rasa sakit dan menyukarkan pergerakan


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
  • Mulakan senaman perlahan-lahan dengan melakukan pergerakan yang mudah. Tingkatkan tahap senaman secara berperingkat sebelum ke tahap senaman yang lebih berat.
  • Lakukan pemanasan otot dengan perlahan dan peregangan mudah sebelum berolahraga.  Ia harus dilakukan setiap kali membuat aktiviti olahraga
  • Jangan paksa diri untuk meneruskan aktiviti sukan jika otot-otot atau sendi mula merasa sakit.
  • Sejukkan badan setelah senaman berat untuk mengendurkan otot-otot. Contohnya, perlahankan pergerakan selama beberapa minit setelah berlari dengan berjalan kaki.
  • Pakailah pakaian yang sesuai. Contohnya, pakailah kasut yang berpadanan dengan saiz kaki dan sesuai untuk jenis latihan. Tapak kasut harus dibuat dari bahan yang tidak mudah tergelincir.
  • Gunakan penyokong sendi yang dapat memberikan sokongan yang baik seperti pada sendi pergelangan kaki.
  • Elakkan aktiviti di atas permukaan yang licin, basah atau tidak rata, atau di kawasan yang kurang pencahayaan.
  • Jaga kecergasan secara umum dengan baik.
  • Makan makanan yang seimbang untuk menjaga dan menguatkan otot.
  • Kekalkan berat badan yang sihat.
PENJAGAAN KENDIRI

RICE
Kaedah RICE (Rest, Ice, Compression, Elevation) adalah kaedah serta merta yang boleh digunakan untuk merawat sendiri keadaan terseliuh dan tergeliat.
  • Rest (Rehat dan mengurangkan pergerakan)
    Elakkan bahagian yang cedera daripada bergerak. Ampu kawasan yang terjejas di dalam kedudukan yang paling selesa.
  • Ice (Ais)
    Rasa sejuk membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Letakkan kiub ais atau pek ais Ais diletakkan pada bahagian yang cedera sehingga terasa kebas atau kulit menjadi kemerahan (sekitar 10 - 20 minit). Ini boleh dilakukan semula setiap jam untuk selama 48 hingga 72 jam sehingga kulit di sekitar luka terasa kembali hangat apabila disentuh.
  • Compression (Tekanan)
    Balut bahagian yang sakit semasa dan selepas meletakkan ais untuk mengurangkan bengkak. Balutan tidak boleh terlalu ketat supaya peredaran darah tidak terganggu. Dalam situasi tertentu, anduh mungkin diperlukan. Biarkan balutan kekal di tempatnya selagi bengkak masih ada.
  • Elevation (Meninggikan kedudukan)
    Meninggikan kedudukan bahagian yang cedera kepada di atas paras jantung akan membantu menghindarkan pengumpulan cecair dari kawasan yang cedera, dengan demikian mengurangkan pembengkakan dan kesakitan. Ini paling penting dalam masa 24 jam pertama untuk kecederaan serius dan dilakukan sambil meletakkan ais.
Nota: Jika ada keraguan tentang keadaan tersebut, rawat ia sebagai patah tulang dan hantar ke hospital.

PENURUNAN KEGIATAN

Jika kecederaan menjejaskan pergelangan kaki atau lutut, elakkan dari mengangkat beban yang berat atau berjalan, gunakan penopang kaki jika perlu. Sementara menunggu rasa sakit dan bengkak berkurang dalam tempoh 2 ke 3 hari, mulalah menggunakan bahagian yang cedera secara berperingkat. Kebanyakan terseliuh dan ketegangan otot akan mula sembuh dalam masa 3 hingga 4 hari, dan sembuh sepenuhnya dalam waktu satu minggu.
Kemungkinan pemulihan sepenuhnya akan menjadi lebih baik dengan mengelakkan faktor-faktor H.A.R.M. berikut pada 48 jam pertama.
  • Haba (H): kerana ia meningkatkan pembengkakan dan pendarahan.
  • Alkohol (A): kerana ia meningkatkan pembengkakan dan pendarahan.
  • Menjalankan senaman atau latihan (R): kerana ia memburukkan kecederaan.
  • Urut (M): kerana ia meningkatkan pembengkakan dan pendarahan.
Aktiviti-aktiviti lain yang harus dielakkan adalah :
  • Melakukan kegiatan semasa kecederaan belum sembuh, selepas rasa sakit dikurangkan dengan mengambil ubat tahan sakit atau ubat pelali setempat yang disembur.
  • Menggunakan balutan elastik, yang mengenakan tekanan tetapi tidak memberi sokongan.
MASA UNTUK BERJUMPA DOKTOR
Dapatkan rawatan doktor jika :
  • Kecederaan anda parah dan anda tidak dapat berjalan atau meletakkan berat badan pada sendi tercedera.
  • Kawasan yang tercedera dan di sekitarnya terasa sangat lembut apabila disentuh.
  • Kawasan yang cedera membengkak atau mempunyai benjolan dan ketulan yang tidak terdapat pada kawasan yang tidak tercedera.
  • Sendi yang tercedera tidak dapat digerakkan.
  • Anda tidak dapat berjalan lebih dari empat langkah tanpa rasa sakit.
  • Anggota tubuh anda terkancing atau tidak dapat bertahan ketika anda cuba untuk menggerakkannya.
  • Anda merasa kebas di kawasan yang tercedera.
  • Terdapat garisan merah atau kemerahan tersebar keluar daripada tempat cedera.
  • Kawasan yang cedera pernah mengalami kecederaan beberapa kali sebelum ini.
  • Terdapat rasa nyeri, pembengkakan, atau kemerahan atas bahagian tulang kaki anda.
RAWATAN
PENGUBATAN KENDIRI – Ubat untuk Terseliuh dan Tergeliat Otot
  • Aspirin
  • Diclofenac Sodium
  • Mefenamic Acid
  • Paracetamol
UBAT-UBATAN PRESKRIPSI
  • Celecoxib
  • Etoricoxib
RAWATAN LAIN
  • Korset lumbosakral ringan : Pemakaian korset ini dapat membantu untuk mengawal kekejangan otot. Pemakaiannya harus dihentikan segera setelah kekejangan hilang.
RUJUKAN
  1. Malaysian Healthcare Guide; 1996, Medimedia Pacific Ltd., Malaysia.
  2. Self-care Pharmacy Health Information Bulletin.
  3. The Complete Guide To Symptoms, Illness And Surgery; (1996), Dr.
  4. Winter Griffith, HP Books Inc., London, U.K
  5. http://content.health.msn.com/content/dmk/dmk_article_58379
  6. http://www.pharmacy.gov.my/self_care_guide
  7. http://sportsmedicine.about.com/cs/injuries/a/sprains.htm
  8. http://hcd2.bupa.co.uk/fact_sheets/html/sprained_ankle.html
  9. emedicine.medscape.com  
  10. http://www.niams.nih.gov

1 comment:

  1. Slots: Top 10 Best Casino Games and Slots in 2021 - Wooricasinos
    Slots: Top 10 Best Casino 룰렛확률 Games 브라 밝기조절 and Slots in 2021 할리우드 배우 노출 · 1. Starburst · 2. Sweet Bonanza · 승인 전화 없는 토토 사이트 3. Wolf Gold · 4. Rainbow Riches · 5. Slot 폴 댄스 도끼

    ReplyDelete

Recent Post