Muslimah itu , 
 terkadang gelak kuat tak henti , terkadang juga minum berdiri , terkadang sebelum tidur trlupa baca doa & ayat kursi , 
 terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri , 
 terkadang aci redah sarung kasut org lain tanpa disedari . 
 
 Muslimah itu , 
 terkadang gembira sampai trlompat terkinja smbil trsenyum tayang gigi , 
 terkadang menitis air matanya laju tak terperi , 
 terkadang rasa lemah smpai tak mampu nk bangun2 lagi , 
 terkadang rasa marah menguasai diri , 
 sampai rasa nk lempang org tu laju2 without mercy . 
 
 Muslimah itu , 
 adalah manusia biasa , 
 yg tak lari dari segala perasaan sebagai manusia , 
 yg tak lari dari segala mcm ujian dan pancaroba , 
 yg tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya , 
 yg tak lari dari buat khilaf dan dosa . 
 
 Kerana apa ? 
 Kerana dia juga manusia biasa . Apa2 pun , yg pastinya , muslimah itu 
sentiasa bangkit bila trjatuh , sentiasa cuba gembirakan hati org lain 
walau hatinya sendiri remuk , sentiasa cuba nk improve diri , 
 dari semasa ke semasa tnpa henti , walau terkadang dia trsungkur , itu bkn kerana dia lemah , 
 tapi itu kerana dia cuba ambil masa utk bangkit semula , 
 jadi kuat dari sebelumnya , 
 kerana dia berusaha utk mnjadi bidadari dunia , dan juga di akhirat sana , 
 
 inshaallah
Diambil dari: FB Sabar.Itu.Indah.Bersabarlah
 

 
No comments:
Post a Comment