Experience

Mengkritik bukan bermakna tidak suka, kita prihatin untuk memperbaiki, mengkritik kerana kita dapat lihat kesilapan yang berlaku dan kita melontarkan idea memberi cadangan untuk membetulkan kekurangan itu, mengkritik dengan ilmiah dan fakta itu sihat bukan mengkritik dengan emosi

Lifehack

Thursday, April 3, 2014

Hikmah Perkahwinan

Beberapa Hikmah Perkahwinan

1. Perkahwinan Sunnah Para Nabi dan Rasul

Firman Allah s.w.t :
" Demi sesungguhnya Kami(Allah) teleh mengutus beberapa rasul
sebelum kamu dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan juga keturunan."
(Surah al-Ra'd : 38)

Allah mengutuskan para nabi dan rasul untuk memimpin umat manusia ke jalan kebenaran. Mereka adalah model ikutan yang menjamin kepada keamanan, kebahagian dan kedamaian hidup di dunia dan akhirat. Rasulullah s.a.w amat menggalakkan umatnya supaya berkahwin.

Daripada Aisyah r.ha. Telah bersabda Nabi s.a.w :
" Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku
maka bukanlah dia daripada golongan umatku."
(Riwayat al-Imam Ibn Majah)

2. Mewujudkan Perasaan Tenang dan Tenteram

Melalui perkahwinan, seseorang akan berasa tenang dan tenteram dengan adanya ikatan kasih dan sayang antara suami isteri.

Allah menyatakan perkara ini dalam firman-Nya :
" Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan jadikan-Nya antara kamu perasaan cinta dan kasih sayang."
(surah al-Rum : 21)

3. Memelihara Iman
Al-Baihaqi r.a meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w :
" Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka ia telah memenuhi separuh daripada agamanya. Maka bertakwalah ia kepada Allah di separuh yang belum disempurnakan lagi."

Dalam erti lain, perkahwinan itu boleh menyelamatkan seseorang dari perkara yang tidak elok. Selain itu, perkahwinan juga menjadi medan untuk seseorang itu menyempurnakan tanggungjawabnya dengan sabar. Bagi pasangan yang dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik, maka mereka akan beroleh ganjaran yang besar di sisi Allah dan dengan itu akan meningkatkan iman dan kedudukan mereka di sisi Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Barang siapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin kerana dengan demikian dapat menundukkan penglihatan dan dapat memelihara kehormatannya. Dan barang siapa yang tidak mampu, hendaklah ia berpuasa kerana dengan berpuasa dapat menghalang keinginan nafsunya."
(Riwayat Ibn Mas'ud)

4. Mengikis Rasa Takut

Galakan untuk berkahwin meliputi semua golongan masyarakat termasuk fakir miskin. Dengan anjuran Islam ini, Islam ingin mengikis rasa takut tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak disebabkan oleh kemiskinan yang dihadapi. Sesungguhnya Allah s.w.t menjamin rezeki setiap hamba-Nya.

Hadis Rasulullah s.a.w :
"Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut miskin, maka ia bukan daripada golonganku."
(Riwayat Abu Daud)

5. Mengembangkan Keturunan

Rasulullah s.a.w amat berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat nanti. Oleh yang demikian, menurusi perkahwinan, akan lahirlah zuriat yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah s.w.t.

Daripada Ma'qal bin Yasar,Rasullullah s.a.w telah bersabda :
" Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih dan subur, kerana aku akan
berbangga dengan jumlah kamu yang ramai."
(Riwayat al-Imam Abu Daud)

6. Mewujudkan Disiplin Diri

Melalui perkahwinan, akan wujudlah disiplin dalam diri setiap angota rumah tangga itu. Akan berlaku pengagihan tugas antara suami, isteri dan anak-anak. Perkahwinan menjadi cara hidup semula jadi manusia dan asas perkembangan masyarakat secara tersusun dan teratur.

No comments:

Post a Comment

Recent Post