Pada waktu ini, saya sudah mendengar pelbagai keluhan tentang kos sara 
hidup yang semakin meninggi, duit tak cukup, tak tahu nak uruskan duit, 
komitmen yang tinggi dan pelbagai lagi yang melibatkan kewangan 
peribadi. Apa yang saya boleh katakan.. orang semakin kekurangan duit mahupun nilai duit.
Tujuh tips mungkin dapat membantu anda semua dalam penyelesaian masalah anda. 
 
Pertama: Back to source iaitu Allah swt.
Saya selalu berdoa kepada Maha Pencipta “Semoga Allah menunjukkan jalan keluar terhadap hutang-hutang yang selalu mencekik saya pada setiap bulan”. Lakukan solat Dhuha untuk diperluaskan pintu rezeki. Bersedekah
 menggunakan wang walaupun hanya 1 sen (ikut kemampuan, yang penting 
ikhlas) atau bersedekah menggunakan kudrat (menolong orang lain.. keluar
 peluh je, bukan guna duit pun).
Kedua: Ubah pemikiran
dengan 
membaca buku, bergaul dengan orang yang ingin berjaya @ sudah berjaya, 
pergi seminar… dan yang paling penting, cuba aplikasikan teori kepada praktikal. Ramai
 orang yang hanya membuat bahagian teori tetapi mengalah apabila 
melibatkan praktikal. Ini kerana ramai yang masih belum mahu keluar dari
 ‘comfort zone’ mereka. “Itu susah, ini sudah, mana boleh macam
 ni..” Kalau ini yang keluar dari mulut anda, maka saya pasti 100% 
malahan 1000% anda tak akan ke mana-mana malahan kewangan peribadi anda 
akan menjadi semakin parah. Saya selalu memikirkan setiap hari idea-idea
 yang mungkin boleh saya praktikkan (sebelum tidur) untuk esok hari 
dalam menyelesaikan masalah yang saya hadapi sebelum ini. Sekarang, 
pemikiran sebegini sudah menjadi rutin bagi saya apabila ada masalah 
yang harus saya selesaikan.
Ketiga: Be Creative and Flexible!
Apabila ingin 
melakukan praktikal, anda harus mempunyai pilihan untuk menyelesaikan 
satu masalah. Sekiranya masalah tersebut melibatkan hutang yang lapuk, 
apa pilihan yang anda ada untuk menyelesaikan masalah ini. Fikir plan A,
 B, C dan D. Ini yang akan saya fikirkan sebelum tidur, apa pilihan yang
 saya ada dan pilihan manakah yang ingin saya buat untuk menyelesaikan 
masalah yang dihadapi. Saya susah untuk tidur kalau tak menjumpai 
pilihan yang bakal saya buat untuk keesokkan hari.
Keempat: Fokus, Fokus dan Fokus!
Ini ada turun naik 
nya tapi yang penting, apabila anda rasa tersasar.. ubah balik jalannya 
ke trek yang betul. Jangan tersasar terlalu jauh. Anda dapat rasanya 
sendiri bahawa diri sendiri berada dalam keadaan fokus atau sudah 
tersasar, malahan mungkin sudah menyimpang terus.
Kelima: Mengintai peluang dari tirai otak!
Ya, saya 
selalu mencari peluang yang mungkin ada. Dengan pembacaan, pergaulan, 
melihat sekitar… anda akan jumpa peluang-peluang yang mungkin ada dalam 
penyelesaian masalah kewangan anda. Sebab itu saya dapat menyelesaikan 
hutang lapuk dengan cepat disebabkan sentiasa melihat peluang dan 
membuat sedikit analisis terhadap risiko (adakah saya boleh menerima 
risiko yang bakal berlaku dari keputusan yang dibuat).
Keenam: Sabar dan Sabar.
Ya, anda harus sabar untuk 
penyelesaian masalah. Tidak ramai yang sabar untuk menyelesaikan masalah
 dengan menggunakan cara yang singkat. Apabila anda selalu hilang sabar 
dan sentiasa nak mudah, maka poket anda akan terdedah dengan buaya-buaya
 yang mencari mangsa di luar sana. Percayalah, buaya-buaya ini berbaju 
dan kadangkala cantik atau hensem!
Ketujuh: Kembali kepada penyataan pertama, kedua hingga ketujuh. Lakukan pusingan ini dan segala masalah kewangan anda akan selesai.
Kredit: nurussalamaziz.wordpress.com
 


 
No comments:
Post a Comment